Seminar Kebangsaan Isu Sosial (SKESA) 2019

Home/Seminar/Seminar Kebangsaan Isu Sosial (SKESA) 2019
Loading Events
This event has passed.

Penubuhan Yayasan Ihtimam Malaysia telah digerakkan bermula dari penghujung tahun 2011 dan didaftarkan dibawah Akta Pemegang Amanah, Jabatan Perdana Menteri. Yayasan ini diasaskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perkataan “Ihtimam” itu sendiri adalah dari kata dasar “Hamma” yang membawa maksud “mementingkan atau mengambil berat” di mana penubuhan yayasan adalah bertujuan untuk mengambil berat dan mementingkan kebajikan masyarakat Islam yang daif dan terpinggir.

Sasaran asal penubuhan Yayasan Ihtimam Malaysia adalah menyasarkan kepada program dan aktiviti untuk membantu masyarakat Islam yang daif dan terpinggir dan terjebak di dalam permasalahan sosial dan kesihatan awam. Program yang dirangka menjurus kepada tumpuan usaha dan bantuan dari sudut ekonomi, pendedahan agama, akhlak dan akidah dan juga bantuan kesihatan. Usaha dan inisiatif yang dijalankan adalah atas inisiatif Ahli Pemegang Amanah Yayasan dan juga kerjasama padu yang diberikan oleh penyumbang-penyumbang lain yang terdiri daripada agensi kerajaan, badan korporat dan juga pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia dan juga antarabangsa. Menjadi harapan Yayasan agar satu masyarakat Islam yang mampan dan berketrampilan dapat dilahirkan selaras dengan slogan Yayasan iaitu; “Kami Prihatin”.

Isu dadah dan LGBT merupakan antara fokus utama Yayasan Ihtimam Malaysia di dalam jalan dakwahnya. Secara umumnya golongan ini adalah golongan terpinggir yang memerlukan sokongan dan dorongan bukanlah dari sudut harta benda sahaja bahkan dari sudut pemikiran, motivasi dan sokongan moral.

Mutakhir ini, isu-isu yang berkaitan dengan perbuatan songsang LGBT semakin menular bahkan belaku kes-kes seperti ini di institusi-institusi pengajian samaada di peringkat rendah iaitu sekolah bahkan juga di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Lebih menyedihkan lagi adalah apabila kes-kes seperti ini berlaku di institusi-institusi pengajian islam seperti universiti Islam, pusat-pusat pengajian tahfiz, pondok, dan sebagainya.

Sehubungan Yayasan Ihtimam Malaysia mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar ini dengan harapan ia dapat menjadi medan perkongsian cadangan serta jalan penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan dadah dan LGBT.

TEMA UTAMA

Memperkasa Sosial Islam

SUB TEMA

 Isu-Isu Dadah

  • Undang-Undang Islam Berkaitan Dadah
  • Undang-Undang Sivil Berkaitan Dadah
  • Keberkesanan Undang-Undang dan Penguatkuasaan Dalam Membendung Penyalahgunaan Dadah
  • Dadah dari Sudut Perubatan
  • Dadah Dari Sudut Kesannya Keatas Kesihatan
  • Dadah dari Sudut Capaian/Akses Masyarakat
  • Dadah dan Kesannya Keatas Kesihatan Fizikal
  • Dadah dan Kesannya Keatas Kesihatan Mental
  • Dadah dan Kesannya Keatas Institusi Masyarakat
  • Dadah dan Kesannya Keatas Institusi Keluarga
  • Dadah Kontemporari (Dadah Jenis Baru)
  • Punca Berlakunya Penyalahgunaan Dadah
  • Dadah dan Arak/Alkohol Serta Hubungkaitnya
  • Peranan dan Pengalaman Institusi Pemulihan Dadah
  • Lain-lain Isu Berkaitan Dadah

 Isu- Isu Lesbian/Gay/Biseksual/Transgender (LGBT)

  • LGBT Dari Sudut Undang-Undang Sivil
  • LGBT Dari Sudut Undang-Undang Islam Yang Digubal
  • LGBT Dari Sudut Pandangan Ulama / Mazhab
  • Perbandingan Undang-Undang Mengenai LGBT Lesbian Atau Gay Atau Biseksual Atau Transgender Dari Sudut Agama Lain (Bukan Islam)
  • LGBT Dari Sudut Hak Asasi Manusia
  • LGBT Dari Sudut Perspektif Pisikologi
  • LGBT Dari Sudut Kesihatan
  • LGBT Dari Sudut Penerimaan Masyarakat
  • Pengamalan Gaya Hidup LGBT di Peringkat Antarabangsa
  • Lain-lain Isu Berkaitan LGBT
  • Kesukarelawanan
    • Pembangunan dan pengurusan sukarelawan
    • Pertubuhan dan gerakan sukarelawan
    • Kepimpinan sukarelawan
    • Kemahiran sukarelawan
    • Aktiviti dan program sukarelawan
    • Undang-Undang dan sukarelawan
    • Pengalaman sukarelawan
    • Sukarelawan sebagai rakan strategik
    • Lain-lain Isu Berkaitan Kesukarelawanan

  • Mengadakan perkongsian pintar dan dialog intelek antara para ilmuan dan penggiat persatuan sosial Islam mengenai pandangan masing-masing kearah memantapkan lagi keberkesanan sebuah institusi Islam dalam menangani isu-isu sosial.
  • Memperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap badan-badan bukan kerajaan Islam (NGO-I) dalam menangani isu sosial khususnya isu yang melibatkan dadah dan LGBT.
  • Bertukar pandangan dan maklum balas mengenai isu-isu semasa yang melibatkan umat Islam di negara ini bagi mewujudkan perpaduan yang mantap dalam kalangan umat Islam.

Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak
31 Mei 2019

Tarikh Akhir Pemakluman Penerimaan
Abstrak 10 Jun 2019

Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja Penuh
30 Jun 2019

Tarikh Akhir Pembayaran Yuran

5 Julai 2019

Tarikh Seminar
10 & 11 Julai 2019

Hari pertama : 10 Julai 2019 (Rabu)

7.45 pagi : Pendaftaran (Check in)/ Ketibaan Jemputan/Sarapan pagi
8.45 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

Bacaan Doa

9.00 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi YIM & Ucaptama 1

YBhg. Dato’ Hj. Razali bin Shahabudin

Pengerusi / Ahli pemegang Amanah YIM

Tajuk: “Peranan Yayasan Ihtimam Malaysia Dalam Menangani Isu Sosial di Malaysia

10.00 pagi : Rehat / Minum Pagi
10.30 pagi : Ucaptama 2

–          YBhg. Tan Sri Mohd Zaman Khan@Hassan bin Rahim Khan

Timb. Pengerusi / Ahli pemegang Amanah YIM

–          Ybhg. CP Dato’ Seri Zulkifli bin Abdullah

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan

Tajuk: “Penyalahgunaan Dadah: Musuh Dulu, Kini dan Selamanya

11.30 Ucaptama 3

–          YBhg. Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar

Ketua Akademi Kajian LGBT, INFAD, International Fatwa and Halal Centre (iFFAH), Universiti Sains Islam Malaysia

–          Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti (KSK) (JAKIM)

Tajuk: “Apa Ada Pada LGBT?

12.30 t/hari : Majlis Perasmian

Datuk Seri Dr. Mujahid Yusuf Rawa

YAB Menteri di Jabatan Perdana Menteri

1.00 petang : Rehat/Makan Tengahari/Solat 
2.30 petang : Ucaptama 4

–          Dr. Nor Wahiza Binti Abdul Wahat

Ahli Pemegang Amanah YIM / Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

–          YBhg. Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek

Pendakwah Bebas

Tajuk: “Kesukarelawanan Dakwah Di Malaysia

3.30 petang Forum

Panel:

1.      Wakil Komuniti LGBT Insaf – Mohd Al Khusyairi bin Mohd Ariff (Pengerusi Pertubuhan Hijrah Republique Network)

2.      Wakil Komuniti Dadah Insaf – En. Hairi bin Che Ibrahim (Pertubuhan Hijrah Republique Network)

4.30 petang : Pembentangan Resolusi

YBhg. Dato’ Hj. Razali bin Shahabudin

Pengerusi / Ahli pemegang Amanah YIM

5.00 petang Minum Petang / Rehat

Prof. Madya Dr. Irwan Mohd Subri

013-354 3594

Email: skesa2019@gmail.com

Sila Guna Template kertas kerja yang telah disediakan:

Bahasa Melayu

English

Arabic

Borang pendaftaran peserta biasa (Hari Pertama)

 

Borang pendaftaran pembentang (Hari Kedua)