BEGIN:VCALENDAR
VERSION:2.0
PRODID:-//iFFAH USIM - ECPv5.2.1//NONSGML v1.0//EN
CALSCALE:GREGORIAN
METHOD:PUBLISH
X-WR-CALNAME:iFFAH USIM
X-ORIGINAL-URL:https://iffah.usim.edu.my
X-WR-CALDESC:Events for iFFAH USIM
BEGIN:VTIMEZONE
TZID:Asia/Kuala_Lumpur
BEGIN:STANDARD
TZOFFSETFROM:+0800
TZOFFSETTO:+0800
TZNAME:+08
DTSTART:20190101T000000
END:STANDARD
END:VTIMEZONE
BEGIN:VEVENT
DTSTART;TZID=Asia/Kuala_Lumpur:20190710T080000
DTEND;TZID=Asia/Kuala_Lumpur:20190711T170000
DTSTAMP:20260515T020802
CREATED:20190329T021426Z
LAST-MODIFIED:20190702T042759Z
UID:3649-1562745600-1562864400@iffah.usim.edu.my
SUMMARY:Seminar Kebangsaan Isu Sosial (SKESA) 2019
DESCRIPTION:Later Belakang \nPenubuhan Yayasan Ihtimam Malaysia telah digerakkan bermula dari penghujung tahun 2011 dan didaftarkan dibawah Akta Pemegang Amanah\, Jabatan Perdana Menteri. Yayasan ini diasaskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Perkataan “Ihtimam” itu sendiri adalah dari kata dasar “Hamma” yang membawa maksud “mementingkan atau mengambil berat” di mana penubuhan yayasan adalah bertujuan untuk mengambil berat dan mementingkan kebajikan masyarakat Islam yang daif dan terpinggir. \nSasaran asal penubuhan Yayasan Ihtimam Malaysia adalah menyasarkan kepada program dan aktiviti untuk membantu masyarakat Islam yang daif dan terpinggir dan terjebak di dalam permasalahan sosial dan kesihatan awam. Program yang dirangka menjurus kepada tumpuan usaha dan bantuan dari sudut ekonomi\, pendedahan agama\, akhlak dan akidah dan juga bantuan kesihatan. Usaha dan inisiatif yang dijalankan adalah atas inisiatif Ahli Pemegang Amanah Yayasan dan juga kerjasama padu yang diberikan oleh penyumbang-penyumbang lain yang terdiri daripada agensi kerajaan\, badan korporat dan juga pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia dan juga antarabangsa. Menjadi harapan Yayasan agar satu masyarakat Islam yang mampan dan berketrampilan dapat dilahirkan selaras dengan slogan Yayasan iaitu; “Kami Prihatin”. \nIsu dadah dan LGBT merupakan antara fokus utama Yayasan Ihtimam Malaysia di dalam jalan dakwahnya. Secara umumnya golongan ini adalah golongan terpinggir yang memerlukan sokongan dan dorongan bukanlah dari sudut harta benda sahaja bahkan dari sudut pemikiran\, motivasi dan sokongan moral. \nMutakhir ini\, isu-isu yang berkaitan dengan perbuatan songsang LGBT semakin menular bahkan belaku kes-kes seperti ini di institusi-institusi pengajian samaada di peringkat rendah iaitu sekolah bahkan juga di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Lebih menyedihkan lagi adalah apabila kes-kes seperti ini berlaku di institusi-institusi pengajian islam seperti universiti Islam\, pusat-pusat pengajian tahfiz\, pondok\, dan sebagainya. \nSehubungan Yayasan Ihtimam Malaysia mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar ini dengan harapan ia dapat menjadi medan perkongsian cadangan serta jalan penyelesaian bagi isu-isu yang berkaitan dadah dan LGBT. \nTema Seminar \nTEMA UTAMA \nMemperkasa Sosial Islam \nSUB TEMA \n Isu-Isu Dadah \n\nUndang-Undang Islam Berkaitan Dadah\nUndang-Undang Sivil Berkaitan Dadah\nKeberkesanan Undang-Undang dan Penguatkuasaan Dalam Membendung Penyalahgunaan Dadah\nDadah dari Sudut Perubatan\nDadah Dari Sudut Kesannya Keatas Kesihatan\nDadah dari Sudut Capaian/Akses Masyarakat\nDadah dan Kesannya Keatas Kesihatan Fizikal\nDadah dan Kesannya Keatas Kesihatan Mental\nDadah dan Kesannya Keatas Institusi Masyarakat\nDadah dan Kesannya Keatas Institusi Keluarga\nDadah Kontemporari (Dadah Jenis Baru)\nPunca Berlakunya Penyalahgunaan Dadah\nDadah dan Arak/Alkohol Serta Hubungkaitnya\nPeranan dan Pengalaman Institusi Pemulihan Dadah\nLain-lain Isu Berkaitan Dadah\n\n Isu- Isu Lesbian/Gay/Biseksual/Transgender (LGBT) \n\nLGBT Dari Sudut Undang-Undang Sivil\nLGBT Dari Sudut Undang-Undang Islam Yang Digubal\nLGBT Dari Sudut Pandangan Ulama / Mazhab\nPerbandingan Undang-Undang Mengenai LGBT Lesbian Atau Gay Atau Biseksual Atau Transgender Dari Sudut Agama Lain (Bukan Islam)\nLGBT Dari Sudut Hak Asasi Manusia\nLGBT Dari Sudut Perspektif Pisikologi\nLGBT Dari Sudut Kesihatan\nLGBT Dari Sudut Penerimaan Masyarakat\nPengamalan Gaya Hidup LGBT di Peringkat Antarabangsa\nLain-lain Isu Berkaitan LGBT\n\n\nKesukarelawanan\n\nPembangunan dan pengurusan sukarelawan\nPertubuhan dan gerakan sukarelawan\nKepimpinan sukarelawan\nKemahiran sukarelawan\nAktiviti dan program sukarelawan\nUndang-Undang dan sukarelawan\nPengalaman sukarelawan\nSukarelawan sebagai rakan strategik\nLain-lain Isu Berkaitan Kesukarelawanan\n\n\n\nObjektif Seminar \n\nMengadakan perkongsian pintar dan dialog intelek antara para ilmuan dan penggiat persatuan sosial Islam mengenai pandangan masing-masing kearah memantapkan lagi keberkesanan sebuah institusi Islam dalam menangani isu-isu sosial.\nMemperkukuhkan keyakinan masyarakat terhadap badan-badan bukan kerajaan Islam (NGO-I) dalam menangani isu sosial khususnya isu yang melibatkan dadah dan LGBT.\nBertukar pandangan dan maklum balas mengenai isu-isu semasa yang melibatkan umat Islam di negara ini bagi mewujudkan perpaduan yang mantap dalam kalangan umat Islam.\n\nTarikh-tarikh Penting \nTarikh Akhir Penghantaran Abstrak \n31 Mei 2019 \nTarikh Akhir Pemakluman Penerimaan \nAbstrak 10 Jun 2019 \nTarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja Penuh \n30 Jun 2019 \nTarikh Akhir Pembayaran Yuran \n5 Julai 2019 \nTarikh Seminar \n10 & 11 Julai 2019 \nTentatif \nHari pertama : 10 Julai 2019 (Rabu) \n\n\n\n7.45 pagi\n:\nPendaftaran (Check in)/ Ketibaan Jemputan/Sarapan pagi\n\n\n8.45 pagi\n:\nUcapan Aluan Pengerusi Majlis \nBacaan Doa\n\n\n9.00 pagi\n:\nUcapan Aluan Pengerusi YIM & Ucaptama 1 \nYBhg. Dato’ Hj. Razali bin Shahabudin \nPengerusi / Ahli pemegang Amanah YIM \nTajuk: “Peranan Yayasan Ihtimam Malaysia Dalam Menangani Isu Sosial di Malaysia”\n\n\n10.00 pagi\n:\nRehat / Minum Pagi\n\n\n10.30 pagi\n:\nUcaptama 2 \n–          YBhg. Tan Sri Mohd Zaman Khan@Hassan bin Rahim Khan \nTimb. Pengerusi / Ahli pemegang Amanah YIM \n–          Ybhg. CP Dato’ Seri Zulkifli bin Abdullah \nKetua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan \nTajuk: “Penyalahgunaan Dadah: Musuh Dulu\, Kini dan Selamanya”\n\n\n11.30\n\nUcaptama 3 \n–          YBhg. Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar \nKetua Akademi Kajian LGBT\, INFAD\, International Fatwa and Halal Centre (iFFAH)\, Universiti Sains Islam Malaysia \n–          Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof \nPenolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti (KSK) (JAKIM) \nTajuk: “Apa Ada Pada LGBT?”\n\n\n12.30 t/hari\n:\nMajlis Perasmian \nDatuk Seri Dr. Mujahid Yusuf Rawa \nYAB Menteri di Jabatan Perdana Menteri\n\n\n1.00 petang\n:\nRehat/Makan Tengahari/Solat  \n\n\n2.30 petang\n:\nUcaptama 4 \n–          Dr. Nor Wahiza Binti Abdul Wahat \nAhli Pemegang Amanah YIM / Pensyarah Kanan\, Fakulti Pengajian Pendidikan\, Universiti Putra Malaysia (UPM) \n–          YBhg. Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek \nPendakwah Bebas \nTajuk: “Kesukarelawanan Dakwah Di Malaysia”\n\n\n3.30 petang\n\nForum \nPanel: \n1.      Wakil Komuniti LGBT Insaf – Mohd Al Khusyairi bin Mohd Ariff (Pengerusi Pertubuhan Hijrah Republique Network) \n2.      Wakil Komuniti Dadah Insaf – En. Hairi bin Che Ibrahim (Pertubuhan Hijrah Republique Network)\n\n\n\n\n\n\n4.30 petang\n:\nPembentangan Resolusi \nYBhg. Dato’ Hj. Razali bin Shahabudin \nPengerusi / Ahli pemegang Amanah YIM\n\n\n5.00 petang\n\nMinum Petang / Rehat\n\n\n\nHubungi \nProf. Madya Dr. Irwan Mohd Subri \n013-354 3594 \nEmail: skesa2019@gmail.com \nFormat Kertas Kerja \nSila Guna Template kertas kerja yang telah disediakan: \nBahasa Melayu\nEnglish\nArabic\n\nBorang pendaftaran peserta biasa (Hari Pertama)\n  \nBorang pendaftaran pembentang (Hari Kedua)
URL:https://iffah.usim.edu.my/event/skesa2019/
LOCATION:universiti Sains Islam Malaysia\, USIM\, Negeri Sembilan\, 71800\, Malaysia
CATEGORIES:Seminar
ATTACH;FMTTYPE=image/jpeg:https://iffah.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/03/image.jpg
END:VEVENT
END:VCALENDAR