Muzakarah Zakat Kebangsaan 2019

Home/Muzakarah/Muzakarah Zakat Kebangsaan 2019
Loading Events
This event has passed.

LATAR BELAKANG

Zakat merupakan satu elemen penting yang digariskan dalam Rukun Islam, yang mana wajib ditunaikan oleh semua Muslim. Pengurusan institusi zakat secara berkesan dan efisien amat penting bagi memastikan objektif pensyariatan zakat tercapai. Malaysia mempunyai 13 buah negeri dan 1 gabungan Wilayah Persekutuan yang memiliki pentadbiran zakatnya yang tersendiri. Ini bermakna, setiap negeri mempunyai pengurusan institusi zakat berasaskan enakmen pentadbiran agama Islam masing-masing sama ada secara korporat ataupun terus di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Manakala Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) adalah sebuah badan lain yang ditubuhkan khusus oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membantu dan menyelaras isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan dan fiqh zakat.

Pelbagai isu berkaitan kutipan dan agihan zakat sentiasa timbul dan memerlukan kepada perbincangan dan diskusi secara hikmah dan harmoni bagi memastikan keputusan serta pelaksanaan yang dilakukan menepati kehendak syarak. Majlis Agama Islam Negeri dan Institusi zakat harus sentiasa proaktif dalam memperkasakan kutipan dan agihan zakat di Malaysia. Perkara ini amat penting bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kewajipan berzakat dan seterusnya meningkatkan kutipan zakat yang secara langsung dapat membantu masyarakat yang memerlukan.

Penganjuran muzakarah kali ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan idea dalam memperkasakan institusi zakat dalam konteks Malaysia Baharu.

 

 

  • Mengupas isu kutipan dan agihan dalam konteks Malaysia Baharu;
  • Membincangkan cabaran dan penyelesaian yang berkaitan dengan kutipan dan agihan di Malaysia:
  • Membincangkan isu penguatkuasaan dan pendakwaan berkaitan kutipan dan agihan zakat;
  • Mencadangkan kaedah dan mekanisme terbaik dalam memperkasakan institusi zakat dalam aspek kutipan dan agihan dalam konteks Malaysia Baharu.

Tema Muzakarah

Pemerkasaan Institusi Zakat dalam Konteks Malaysia Baharu

Tema -Tema Kertas Kerja Pembentangan

    • Kutipan Zakat
    • Agihan Zakat
    • Perundangan Zakat
    • Institusi Amil
    • Pengurusan Zakat Perbankan dan Kewangan Islam
    • Pengurusan Zakat Koperasi
    • Pengurusan Zakat
    • Hukum-Hukum Zakat
    • Isu-Isu Semasa Zakat
    • Kaedah Pemerkasaan Institusi Zakat
    • Mekanisma Kutipan
    • Mekanisma Agihan
    • Inovasi Zakat
    • Penyelidikan Zakat
    • Isu-isu Yang Berkaitan Zakat

  • Peserta Pusat Zakat Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
  • Pegawai Jabatan Mufti Negeri
  • Institusi Perbankan dan Kewangan Islam
  • Pakar Bidang Zakat
  • Ahli Akademik dan Pengkaji
  • Para Pelajar IPTA/IPTS
  • Individu yang Berminat

Template kertas kerja boleh didapati di link berikut. Sila pilih bahasa:

English (doc)

Bahasa Melayu (doc) 

Arabic (doc) 

 

BAHASA

Artikel hanya dibenarkan dalam Bahasa Melayu sahaja yang mengandungi pendahuluan, perbincangan, penutup dan rujukan sekitar 10 – 15 halaman.

 

TAJUK ARTIKEL

Tajuk artikel perlulah ditaip dengan HURUF BESAR secara keseluruhan (Times New Roman, 12, Bold, Centre).

 

SENARAI PENULIS

Nama Penulis 1i   Nama Penulis 2 (jika ada)ii & Nama Penulis 3 (jika ada)iii  (Times New Roman 10, Unbold, Centre)

 

i (Corresponding author). Jawatan, Institutusi. emel@emel.com (Times New Roman 10, Unbold, Centre)

ii Jawatan, Institutusi. emel@emel.com (Times New Roman 10, Unbold, Centre)

iii Jawatan, Institutusi. emel@emel.com (Times New Roman 10, Unbold, Centre)

 

TAJUK DAN SUB-TAJUK

Tajuk utama dan sub-tajuk perlulah ditaip secara title case (semua perkataan berhuruf kecil kecuali huruf pertama berhuruf besar).

 

RUJUKAN TEKS:

Format Pengarang Tarikh (Author date). Sebagai contoh: (Mohamad, 2016)

 

JADUAL DAN RAJAH

Setiap jadual perlu mempunyai tajuk yang diletakkan di bahagian tengah atas jadual dan bermula dengan perkataan JADUAL dan nombor numerik. Semua carta, graf, lukisan dan ilustrasi dirujuk sebagai rajah. Setiap rajah perlu mempunyai tajuk yang diletakkan di sebelah bawah rajah dan bermula dengan perkataan RAJAH dan nombor numerik.

 

SENARAI RUJUKAN

Buku (Jika ada)

al-Sharanbasiyy, Ramadan cAliyy al-Sayyid. 2002. Ahkam al-Mirath Bayna al-Sharicah Wa al-Qanun. al-Iskandariyyah: Mansha’at al-Macarif.

Mujaini Tarimin. 2012. Zakat al-Mal al-Mustafad: Amalan dan Pengamalan di Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat.

 

Jurnal (Jika ada)

Mohd Faez Mohd Shah & Noor Naemah Abdul Rahman. 2014. Kepentingan Kaedah Penyelidikan Moden Dalam Fatwa Semasa. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. Vol. 4. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

 

Internet (Jika ada)

Anak Tak Sah Taraf. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/anak-tak-sah-taraf (diakses pada 31 November 2012).

 

Temubual (Jika ada)

Dato’ Haji Ismail bin Yahya. Mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu. 21 Oktober 2012.

YURAN PESERTA (TIDAK TERMASUK PENGINAPAN)
Pembayaran dibuat melalui (Tunai – Kutipan di Kaunter Jabatan Bendahari USIM
sahaja/Pindahan Wang Melalui ATM/Perbankan Atas Talian) sebelum 15 Jun 2019 ke:
Beneficiary Name     :           Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Usim A/C No.              :           05058010008884
Bank                               :           Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Perkara                         :           YURAN MUZAKARAH ZAKAT KEBANGSAAN 2019

Sila e-melkan bukti pembayaran ke m.zakat2019@gmail.com

Untuk pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Dato’/Profesor/Dr./Tuan/Puan boleh berhubung
dengan Penolong Pendaftar Kanan INFAD merangkap Setiausaha Muzakarah, Puan
Masna Hamidun di talian 06-7988603/ 012-5578040 atau e-mel masna@usim.edu.my

Daftar Sekarang