Muzakarah Wakaf Antarabangsa (MWA) 2019

Home/Muzakarah/Muzakarah Wakaf Antarabangsa (MWA) 2019
Loading Events
This event has passed.

MAKLUMAN: Muzakarah Wakaf Antarabangsa akan tetap dijalankan pada tarikh berikut: 29 & 30 Julai 2019

 

Event Countdown
0
0
0
Weeks
0
0
0
0
Days
0
0
Hrs
0
0
Min
0
0
Sec

 

Wakaf merupakan salah satu amalan kebajikan yang terpuji dan dituntut dalam Islam. Pengurusan Institusi Wakaf secara berkesan dan efisien amat penting bagi memastikan objektif wakaf tercapai. Malaysia mempunyai 13 buah negeri dan 1 gabungan Wilayah Persekutuan yang memiliki pentadbiran wakafnya yang tersendiri. Ini bermakna, setiap negeri mempunyai pengurusan Institusi Wakaf berasaskan enakmen pentadbiran agama Islam masing-masing sama ada secara korporat ataupun terus di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Manakala Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) adalah sebuah badan lain yang ditubuhkan khusus oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membantu dan menyelaras isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan wakaf.

Pelbagai isu berkaitan pengurusan wakaf sentiasa timbul dan memerlukan kepada perbincangan dan diskusi secara hikmah dan harmoni bagi memastikan keputusan serta pelaksanaan yang dilakukan menepati kehendak syarak. Majlis Agama Islam Negeri dan Institusi Wakaf harus sentiasa proaktif dalam memperkasakan pengurusan wakaf di Malaysia. Perkara ini amat penting bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pengurusan wakaf dan seterusnya meningkatkan kesedaran berwakaf yang secara langsung dapat membantu masyarakat yang memerlukan.

Penganjuran muzakarah kali ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan idea dalam memperkasakan wakaf di Malaysia khususnya dan peringkat antarabangsa amnya.


FORMAT KERTAS KERJA

Kertas kerja hendaklah ditulis dengan berpandukan format berikut:
• Program : Microsoft Word
• Jenis font : Times New Roman
• Saiz font : 12
• Jarak baris : 1.5

BAHASA
Artikel  dibenarkan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sahaja yang mengandungi pendahuluan, perbincangan, penutup dan rujukan sekitar 10 – 15 halaman.

TAJUK ARTIKEL
Tajuk artikel perlulah ditaip dengan HURUF BESAR secara keseluruhan (Times New Roman, 12, Bold, Centre).

SENARAI PENULIS
Nama Penulis 1i Nama Penulis 2 (jika ada)ii & Nama Penulis 3 (jika ada)iii (Times New Roman 10, Unbold, Centre)

i (Corresponding author). Jawatan, Institutusi. emel@emel.com (Times New Roman 10, Unbold, Centre)
ii Jawatan, Institutusi. emel@emel.com (Times New Roman 10, Unbold, Centre)
iii Jawatan, Institutusi. emel@emel.com (Times New Roman 10, Unbold, Centre)

TAJUK DAN SUB-TAJUK
Tajuk utama dan sub-tajuk perlulah ditaip secara title case (semua perkataan berhuruf kecil kecuali huruf pertama berhuruf besar).

RUJUKAN TEKS:
Format Pengarang Tarikh (Author date). Sebagai contoh: (Mohamad, 2016)

JADUAL DAN RAJAH
Setiap jadual perlu mempunyai tajuk yang diletakkan di bahagian tengah atas jadual dan bermula dengan perkataan JADUAL dan nombor numerik. Semua carta, graf, lukisan dan ilustrasi dirujuk sebagai rajah. Setiap rajah perlu mempunyai tajuk yang diletakkan di sebelah bawah rajah dan bermula dengan perkataan RAJAH dan nombor numerik.

SENARAI RUJUKAN

Buku (Jika ada)
al-Sharanbasiyy, Ramadan cAliyy al-Sayyid. 2002. Ahkam al-Mirath Bayna al-Sharicah Wa al-Qanun. al-Iskandariyyah: Mansha’at al-Macarif.
Mujaini Tarimin. 2012. Zakat al-Mal al-Mustafad: Amalan dan Pengamalan di Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat.

Jurnal (Jika ada)
Mohd Faez Mohd Shah & Noor Naemah Abdul Rahman. 2014. Kepentingan Kaedah Penyelidikan Moden Dalam Fatwa Semasa. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. Vol. 4. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia.

Internet (Jika ada)
Anak Tak Sah Taraf. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/anak-tak-sah-taraf (diakses pada 31 November 2012).

Temubual (Jika ada)
Dato’ Haji Ismail bin Yahya. Mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu. 21 Oktober 2012.

YURAN PESERTA (TIDAK TERMASUK PENGINAPAN)
Pembayaran dibuat melalui (Tunai – Kutipan di Kaunter Jabatan Bendahari USIM
sahaja/Pindahan Wang Melalui ATM/Perbankan Atas Talian) sebelum 15 Jun 2019 ke:
Beneficiary Name     :           Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Usim A/C No.              :           05058010008884
Bank                               :           Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Perkara                         :           YURAN MUZAKARAH WAKAF ANTARABANGSA 2019

Sila e-melkan bukti pembayaran ke wakaf.intl@gmail.com

Untuk pertanyaan lanjut, pihak YBhg. Dato’/Profesor/Dr./Tuan/Puan boleh berhubung
dengan Penolong Pendaftar Kanan INFAD merangkap Setiausaha Muzakarah, Puan
Masna Hamidun di talian 06-7988603/ 012-5578040 atau e-mel masna@usim.edu.my

 

REGISTER NOW! (online form)