Bengkel Pengajaran & Pembelajaran Gamifikasi Dalam Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab & Pertandingan Global Islamik Games Peringkat Kebangsaan 2020

Home/Training/Bengkel Pengajaran & Pembelajaran Gamifikasi Dalam Pendidikan Islam Dan Bahasa Arab & Pertandingan Global Islamik Games Peringkat Kebangsaan 2020
Loading Events
This event has passed.

Latarbelakang

Keperluan Pendidikan abad ke-21 hari ini telah menggalakkan pelbagai inovasi dan ciptaan baharu dalam usaha menyampaikan maklumat serta pengetahuan kepada masyarakat amnya dan penuntut ilmu khususnya. Penciptaan kaedah dan cara baharu dalam usaha penyampaian maklumat ini adalah bagi menyeiringkan antara potensi dan kemahiran dalam diri seseorang dengan pengetahuan yang dibina. Percambahan ilmu melalui kaedah didik hibur dilihat lebih sesuai diterapkan dengan generasi hari ini kerana perubahan pola pemikiran kanak-kanak hari ini yang berbeza dengan generasi sebelumnya. Kehendak kepada pembelajaran dalam masa yang sama boleh bermain memberi dorongan kepada perintis inovasi untuk membuat suatu inovasi yang sesuai dengan corak pemikiran masyarakat hari ini. Gamifikasi atau gamification merupakan antara kaedah pembelajaran yang menggabungkan permainan dengan pembelajaran yang menjadi teknik dua serampang kepada pengguna dalam mendapatkan pengetahuan dalam masa yang sama berhibur secara santai. Di Malaysia, istilah gamifikasi dalam Pelajaran dan Pembelajaran (P&P) sangat sinonim dengan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21). Pendekatan gamifikasi dikatakan mempunyai potensi yang besar dalam bidang pendidikan kerana ia memberi ruang kepada penghasilan pembelajaran yang lebih inovatif dan fleksibel (Hsin-Yuan & Soman, 2013). Kini pihak USIM telah membangunkan 5 produk inovasi berasaskan gamifikasi iaitu global zakat game, global halal game, global faraid game, global arabic game dan global umrahaji game. Pada tahun 2017 USIM telah berjaya menganjurkan pertandingan global zakat game peringkat kebangsaan dan pada pada kali ini USIM akan menganjurkan lagi dengan melibatkan 4 produk yang sedia ada.