NILAI, 9 Dis – pihak iFFah telah menerima kunjungan persahabatan dari MUI pada 9hb. Disember 2019 (Isnin) jam 4pm hingga 6.30 pm. Beberapa perkara utama yang diperbincangkan adalah seperti berikut:

1) Pembinaan modul-modul latihan berkaitan pensijilan halal dan pelancongan (hospitaliti);
2) Latihan profesional seperti Halal eksekutif dan auditor; dan
3) Penyelidikan bersama dalam bidang fatwa dan halal.

Untuk seterusnya, pihak MUI akan berhubung untuk perkara berkaitan untuk perancangan 2020.  Dimaklumkan juga bahawa pemerintah Indonesia telah mengeluarkan perintah mandatory (asal adalah voluntary) kepada pensijilan halal  bermula 17hb. Oktober 2019.

Semoga pihak MUI mempertimbangkan kepakaran iFFAH seterusnya dapat mewujudkan kerjasama dalam penyelidikan dan latihan profesional dalam bidang fatwa, halal dan pelancongan.