NILAI, 7 April – iRCW 3.0 meneruskan tirai pelaksanaan dengan slot perkongsian pengalaman bersama YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Mohamad Isa dari Fakulti Sains dan Teknologi, USIM. Penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan ini telah berkongsi teori dan tips berguna dalam mendapatkan dana geran penyelidikan berimpak tinggi.

Secara ringkasnya, hasil penyelidikan beliau telah banyak diterbitkan di dalam pelbagai jurnal kajian bahan, kejuruteraan fizik analitik dan teknologi, selain simposium dan persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Semoga para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang disampaikan di samping menyemarakkan lagi budaya penyelidikan seterusnya menyumbang kepada pembentukan institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D).