SEPANG, 25 Oct – International Fatwa and Halal (iFFAH) Center, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan bengkel pemurnian hala tuju dan pelan strategik bagi tahun 2019 bertempat di Movenpick Hotel and Convention Centre.

Bengkel ini dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Prof Madya Dr Irwan Mohd Subri, General Director (Acting), iFFAH yang menekankan supaya iFFAH lebih menonjol dan mendapat publisiti secara meluas pada tahun hadapan.

Iffah yang membawa visi untuk mejadi pusat kesarjanaan fatwa dan halal untuk kesejahteraan ummah dan sejagat adalah hasil gabungan antara Institute of Halal Research and Management (IHRAM) dan Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD).

Dengan membawa misi ingin memacu sinergi kecemerlangan dan kemampanan kesarjanaan fatwa dan halal di persada dunia, iFFAH telah mengetengahkan lapan teras utama di dalam pelan strateginya iaitu penyelidikan, penerbitan, inovasi, perundingan, latihan, akademik, pengantarabangsaan dan juga makmal.