Pada 19 September 2023, pihak IFFAH telah dikunjungi oleh wakil daripada JIM Resources yang diketuai oleh Encik Jim Irshady Mohamad selaku Pengurus Besar. Pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat IFFAH ini bertujuan untuk membincangkan peluang jaringan strategik di antara JIM Resources dan IFFAH. JIM Resources adalah syarikat pengilang dan pembekal di Malaysia yang bertumpu kepada produk pembersihan hijau, penjagaan diri, tayammum & sertu. Semoga kerjasama yang bakal terjalin mampu memberikan impak positif dan saling menguntungkan kedua belah pihak.