Telah berlangsung lawatan kerja delegasi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Universiti Chulalongkorn (Chula), Thailand pada 15 September 2023, bertempat di The Halal Science Center, Chula. Delegasi USIM dianggotai oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik bin Mohd Noor (Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)), Profesor Madya Dr. Mahazan bin Abdul Mutalib @ Taib (Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Komunikasi Korporat)) dan Dr. Nazariyah binti Yahaya (Timbalan Pengarah (Halal), IFFAH). Antara intipati perbincangan adalah berkaitan sinergi penyelidikan serta latihan halal selain perancangan masa hadapan berkaitan program strategik di antara kedua institusi.