Bersempena dengan acara Karnival iFFAh 2020 (K’iFFAH), program Mega Halal@School merupakan salah satu program yang akan diadakan dan juga merupakan acara kemuncak kepada sembilan (9) siri Halal@School yang diadakan pada 2018 dan 2019. Program ini membawa inspirasi dan aspirasi kepada para pelajar sekolah rendah tentang pengetahuan dan kesedaran tentang keperluan kepada pemakanan halal dan amalan hidup yang sihat. Selain dari itu, program ini merupakan antara showcase kepada hubungan industri bersama pihak Nestle (M) Sdn. Bhd. yang mensasarkan sekurang-kurangnya enam siri Halal@School setiap tahun. Dengan demikian itu, Mega Halal@School bakal memberikan impak yang lebih tinggi menerusi penglibatan yang lebih meluas tidak terhad kepada mNegeri Sembilan dan Selangor sahaja.
Mega Halal@School 2020 bakal mengumpulkan penyertaan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dari seluruh Malaysia. Penyertaan adalah berasaskan permohonan yang diterima menerusi pembukaan pendaftaran yang akan dimaklumkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah setiap negeri di Malaysia. Program Mega Halal@School bakal membina jaringan yang lebih akrab bersama pihak sekolah seterusnya menjadi medium pengenalan USIM kepada masyarakat setempat dan juga seluruh Malaysia.
- Memberikan pendidikan kepenggunaan halal kepada pelajar sekolah rendah secara interaktif dan konstruktif menerusi pendekatan teori dan permainan pintar;
- Memberi pendedahan tentang kepentingan nutrisi dan makanan halal dalam membina ummah yang sihat dan harmoni; dan
- Menyediakan platform penglibatan masyarakat oleh iFFAH, USIM, dan industri.
Mega Halal@School with Nestlé akan dikendalikan menggunakan pendekatan teoritikal dan praktikal serta penilaian kefahaman melibatkan tiga (3) sesi ceramah dan satu (1) slot permainan interaktif untuk tempoh tiga (3) jam:
- Ceramah 1: Ada apa dengan Halal?
- Ceramah 2: Nutrisi Halal, Pendidikan Cemerlang
- Ceramah 3: Halal Global
- HalalRace
Tarikh : 8 April 2020 (Rabu)
Tempat: Dewan Tuanku Canselor (DTC) dan bangunan sekitar (Kompleks Sukan Tuanku Najihah, HEP, Canselori, Pusat Islam, Bulatan Iqra’)
- Peningkatan kesedaran mengenai halal dan kepentingan dalam kehidupan harian;
- Pengenalan kepada pensijilan dan logo halal JAKIM dan negara yang diktiraf oleh JAKIM; dan
- Membina rantaian bakat Halal yang lebih komprehensif dan dinamik ke arah pemerkasaan pendidikan kepenggunaan Halal (Halal Istihlak Education) di Malaysia.
Klik untuk lihat Syarat dan Peraturan serta borang pendaftaran >>