Karnival iFFAH 2020 (K-iFFAH’ 20) merupakan suatu program yang dirancang untuk diadakan bermula 5 hingga 10 April 2020. Pelaksanaan program ini adalah bertujuan untuk meyampaikan citra iFFAH kepada masyarakat serta bersempana menyambut 20 tahun USIM sebagai institusi pengajian tinggi di Malaysia. Pelbagai program telah dirancang sepanjang K-iFFAH’ 20 dan “FoodCrime&U” adalah salah satu di antaranya.

”FoodCrime&U” adalah aktiviti berasaskan sains yang digunakan sebagai medium pendedahan mengenai proses yang terlibat dalam mengenalpasti ketulenan sesuatu produk melalui teknik seperti analisis asid deoxyribonukleik (DNA) dan protein. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah seperti membina model DNA dengan menggunakan manik dan tanah liat buatan tangan melalui penggunaan bahan-bahan kegunaan harian di rumah. Selain itu, aktiviti pemencilan DNA  daripada sumber hidup, membina gel elekroforesis juga akan dilakukan dengan menggunakan bahan-bahan daripada dapur rumah. Gel elekroforesis adalah salah satu kaedah untuk mengesan kehadiran DNA secara visual. Aktiviti terakhir yang akan diadakan ialah mengekstrak enzime dari yis dan menunjukkan bagaimana enzim berfungsi menukarkan sukrosa kepada glukosa.

  • Memupuk minat pelajar ke arah pembelajaran Sains dan Teknologi melalui pendekatan gamifikasi yang interaktif.
  • Menggalakkan kemahiran daya menyelesaikan masalah serta kerjasama sepasukan di kalangan pelajar.

Program ”FoodCrime&U” akan dilaksanakan menggunakan konsep demonstrasi serta gamifikasi melalui aktiviti seperti berikut:

  •  Demonstration
  •  Explorace
  •  Game Show

Tarikh :  8 April 2020 (Rabu)

Tempat: Dewan Tuanku Canselor (DTC) dan bangunan sekitar (Kompleks Sukan Tuanku Najihah, HEP, Canselori, Pusat Islam, Bulatan Iqra’)

Yuran penyertaan bagi setiap kumpulan adalah RM 100.00 yang merangkumi:

-Sarapan pagi.
-Makan tengah hari.
-Sijil penyertaan.

-Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 25 Mac 2020 (Rabu).

Bayaran boleh dibuat secara Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama Bendahari USIM. Bayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) boleh dibuat berdasarkan maklumat berikut:

Penerima : Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Nombor Akaun : 05058010008884
Nama Bank : Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)
Perkara : Karnival iFFAH (K-iFFAH)

Peserta hendaklah mengemukakan salinan bukti pembayaran melalui emel kepada masna@usim.edu.my setelah pembayaran dibuat.

  1. Pelajar sekolah menengah

Borang A – Borang Pendaftaran

sila kembalikan borang penyertaan melalui email kepada nazariyah@usim.edu.my