ISTANBUL, TURKI, 6 – 10 OKTOBER 2015 – Bagi meningkatkan kerjasama antarabangsa INFAD dengan institusi fatwa dunia, satu perbincangan strategik telah diadakan dengan European Council For Fatwa And Research(ECFR).ECFR yang berpusat di Ireland ini bukan sahaja institusi terkemuka di Eropah dalam kajian dan penyelidikan fatwa bahkan terkehadapan dalam menganjurkan wacana, seminar serta persidangan terutama berkaitan fatwa dan permasalahan hukum semasa umat Islam khususnya di Eropah.

Sempena satu penganjuran persidangan fatwa yang dianjurkan ECFR di sini, INFAD mengambil peluang untuk membina hubungan dengan tokoh ulama dan pakar terkemuka yang hadir serta meneroka kerjasama penyelidikan bersama dengan ECFR khususnya dalam bidang fatwa. Selain itu, peluang ini turut dimanfaatkan untuk mengadakan lawatan dan perbincangan ke beberapa universiti dan institusi terkemuka di Turki berkaitan penyelidikan fatwa dan hukum. Ia juga dapat mempromosi INFAD dan USIM kepada pihak berkenaan. Delegasi INFAD yang diketuai oleh Pengarah, YBhg. Prof. Madya Dr. Irwan Mohd Subri serta YBhg. Dr. Abdul Manan Ismail, Pengarah Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), USIM.