Sedang berlangsung program latihan intensif Professional Halal Executive Programme (PHEP) kepada 22 orang pensyarah dari Politeknik Nilai (PNS), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Politeknik Tun Syed Ismail (PTSN), dan Kolej Komuniti Jelebu (KKJEL). Pelaksanaan PHEP kali ini dijadualkan selama 7 hari bermula dari 10 sehingga 16 Oktober 2023. Semoga ilmu yang dikongsikan sepanjang PHEP ini dapat menjadi nilai tambah kepada semua peserta dalam menyebarluaskan ilmu berkaitan Halal kepada para pelajar masing-masing ke arah melahirkan lebih ramai bakat halal yang kompeten dan berdaya saing.