Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) akan menganjurkan Seminar Antarabangasa Islam dan Sains (SAIS) 2018 dengan membawakan tema:
“BARAKAH”.

Tarikh : 8 Feb 2018
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Pusat Pengajian Teras (PPT), USIM.
Penganjur : Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) dengan kerjasama Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD)

Objektif
Seminar Antarabangasa Islam dan Sains (SAIS) 2018 bertujuan:
• Mewujudkan suatu landasan perkongsian ilmu di kalangan ahli akademik (khususnya yang baharu), penyelidik, pelajar pasca siswazah dan staf pentadbiran USIM.
• Mengenengahkan dapatan-dapatan kajian akademik dan ilmiah yang yang dikaitkan dengan konsep integrasi ilmu naqli dan aqli serta konsep barakah.

Sub Tema Pembentangan
Sub tema pembentangan kertas kerja merangkumi bidang-bidang berikut:
• Syariah dan Undang-Undang.
• Pengajian Al-Quran dan Sunnah.
• Kepimpinan dan Pengurusan.
• Bahasa Utama.
• Ekonomi dan Muamalat.
• Pergigian.
• Perubatan dan Kesihatan.
• Sains dan Teknologi.
• Kejuruteraan dan Alam Bina.
• Tamadun dan Pemikiran.
• Pelajar Pintar.
• Pentadbiran.

Kertas kerja boleh dibentangkan dalam tiga bahasa:
• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Bahasa Arab

TARIKH-TARIKH PENTING

Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak
10 Januari 2018

Tarikh Makluman Penerimaan Abstrak
12 Januari 2018

Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Kerja Penuh
20 Januari 2018

Nota: Kertas Kerja yang dihantar selepas 20 Januari 2018 tidak akan dimasukkan ke dalam buku.

Tarikh Akhir Pembayaran Yuran SAIS 2018
25 Januari 2018

Nota: Yuran tidak akan dikembalikan jika pembentang/peserta gagal hadir pada hari seminar kecuali seminar dibatalkan oleh pihak penganjur.

Tarikh Seminar
8 Feb 2018

YURAN

Yuran pembentangan hanya RM 25.00 (Dua Puluh Lima Ringgit sahaja) sama ada ahli akademik, penyelidik, pelajar pasca siswazah dan staf pentadbiran USIM.

Semua pembayaran hendaklah dibuat atas nama:
Persatuan Kakitangan Akademik USIM
(Bank Islam: 0505 80100 17874)

Nota: Pembayaran hendaklah dilakukan sebelum atau pada 25 Jan 2018. Bukti pembayaran hendaklah ditunjukkan kepada Urusetia semasa pendaftaran pada hari seminar. Kegagalan berbuat demikian akan dianggap tidak membayar.

Jika pembayaran dibuat secara online atau mesin ATM atau pembayaran di kaunter, sila emelkan slip pembayaran ke emel berikut:
semais2018@gmail.com

FORMAT PENULISAN
Setiap kertas kerja yang dibentangkan dalam SAIS 2018 akan diterbitkan dalam buku yang mempunyai nombor ISBN.

Kertas kerja terpilih juga akan diterbitkan dalam Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa (INFAD), Jurnal Ulum Islamiah (USIM), Jurnal Sains Insani (PPT) dan al-Qanatir International Journal of Islamis Studies (Usuli Faqih Research Centre PLT).

Sila rujuk lampiran untuk format penuisan kertas kerja.

Hubungi SAIS 2018
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM)
Eksekutif SAIS 2018: En. Nasiruddin
(+6019-625 4001)
Pengarah SAIS 2018: Prof Madya Dr. Azman Ab Rahman
(+6012-216 5852)

Emel: semais2018@gmail.com
Facebook:
– Persatuan Kakitangan Akademik USIM
– INFAD USIM