Telah berlangsung Mesyuarat Ekspo Halal Sabah 2023 bertempat di Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu pada 15 September 2023. Pihak USIM diwakili oleh Prof. Dr Azman Ab Rahman (Pengarah IFFAH) hadir ke mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-tugas Khas) ini. Antara intipati perbincangan adalah berkaitan penganjuran Ekspo Halal Sabah (Sabah Halal Expo @ SAHEX) 2023 yang akan diadakan pada 28 & 29 Oktober 2203 di Sabah International Convention Centre (SICC). Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak urus setia di atas kesudian menjemput USIM untuk turut serta di dalam program yang bakal berlangsung ini. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar dan jayanya.