Kursus Latihan Jurusertu anjuran IFFAH ini telah disertai oleh ahli akademik dan pengamal industri bidang halal. Kursus ini telah dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Mahyeddin Mohd Salleh, Timbalan Pengarah (Fatwa), IFFAH di Universiti Sains Islam Malaysia. Kursus ini mendedahkan peserta kepada konsep sertu menurut fiqh dan industri serta memberi peluang kepada peserta melakukan sesi sertu secara “hands-on”.