Kunjungan hormat delegasi Mindanao State University (MSU) ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah berlangsung dengan jayanya pada 19 September 2023, bertempat di Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU). Delegasi MSU yang diketuai oleh Sultan Atty. Basari D. Mapupuno (Presiden MSU) bersama barisan pengurusan tertinggi MSU telah disambut oleh wakil USIM yang turut dianggotai Prof. Dr. Azman Ab Rahman (Pengarah IFFAH) bersama ahli pengurusan IFFAH. Intipati perbincangan melibatkan aspek perkongsian maklumat berkenaan pembangunan kurikulum dan program akademik berkaitan Halal, mengenalpasti kursus dan strategi bersesuaian selain berbincang tentang agenda program pertukaran dan peluang kerjasama lain khususnya berkaitan pengajaran dan penyelidikan Halal termasuk bidang sains dan lain-lain. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan berterusan pada untuk tempoh yang mendatang.