Sesi kunjungan hormat pihak Lembaga Tabung Haji (TH) ke Pejabat IFFAH yang diketuai oleh Tuan Shahrin Awaludin telah berlangsung dengan jayanya pada 5 Oktober 2023. Ketibaan delegasi TH ini telah disambut mesra oleh wakil pengurusan IFFAH, Prof. Dr. Azman Ab Rahman bersama wakil dari Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU), Dr. Muhammad Najib Abdullah dan Dr. Setiyawan Gunardi. Perbincangan dimulakan dengan penerangan ringkas berkaitan fungsi dan bidang tujahan IFFAH sebagai Pusat Kecemerlangan (CoE) di USIM dan seterusnya menjurus kepada potensi serta strategi kerjasama di antara kedua pihak. Sebelum beredar, Prof Azman mengambil kesempatan menyerahkan cenderamata set papan permainan ‘Global Umrahaji Game’ kepada wakil TH. Semoga jaringan yang terjalin akan memberi impak positif kepada ummah dan berterusan untuk tempoh yang mendatang.