Buat pertama kalinya, IFFAH selaku Penyedia Latihan Halal (PLH) telah dilantik oleh rakan strategik, Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah untuk mengendalikan program latihan Professional Halal Executive Program (PHEP) kepada para pelajar UMS. Program di bawah dana KPT-PACE ini berlangsung selama 10 hari, bermula dari 18 hingga 27 September 2023, bertempat di Bilik Latihan Al-Qaradawi, USIM. Seramai 25 orang bakal graduan UMS hadir ke USIM bagi menyertai PHEP 15.0. Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat dan dapat melahirkan lebih ramai bakat halal yang kompeten dan berdaya saing.
KPT-PACE (UMS): PROFESSIONAL HALAL EXECUTIVE PROGRAMME (PHEP 15.0)webmaster2023-09-23T12:11:15+08:00