Pada 28 Ogos 2018, INFAD telah menganjurkan satu Karnival Fatwa: Penyelidikan dan Pendidikan Islam Antarabangsa (KAFI) 2018. Konsep KAFI2018 yang dianjurkan ini telah menggabungkan 2 program dalam satu karnival iaitu:

  1. Seminar Fatwa, Pengajian, Pendidikan dan Inovasi Islam Antarabangsa (SeFPIA) 2018
  2. Pertandingan Inovasi Islam

Karnival Fatwa: Penyelidikan dan Pendidikan Islam Antarabangsa (KAFI) 2018 ini diadakan untuk memberi ruang dan peluang kepada para ilmuan, mufti-mufti, ahli akademik, pengamal-pengamal hukum Islam di institusi-institusi agama tempatan dan seluruh dunia untuk bertukar-tukar pandangan dan membincangkan isu-isu semasa berkaitan fatwa, pengajian dan pendidikan Islam pada zaman globalisasi kini melalui SEFPIA 2018.

Manakala pertandingan inovasi Islam pula dijangka dapat menarik penyertaan dan memupuk minat daripada sekolah, IPT, institusi Islam dan sebagainya untuk memupuk budaya inovasi menonjolkan produk atau sistem perkhidmatan yang lebih mantap dan berkesan terhadap masyarakat dan negara.