TEMA
a. Fatwa
b. Halal
c. USIM 2020

SYARAT PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada semua staff dan pelajar USIM
  2. Penyertaan adalah percuma
  3. Esei boleh ditulis dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab
  4. Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu esei,
  5. Esei yang ditulis mestilah hasil penulisan sendiri, belum pernah disiarkan oleh mana-mana penerbitan dan bukannya ditiru/diciplak
  6. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan tidak akan diterima,
  7. Esei hendaklah menggunakan fon Arial bersaiz 12 dan jarak baris dan peranggan ditetapkan pada 1.5 dan hendaklah ditulis maksimum dalam 3 muka surat sahaja,
  8. Penyertaan yang tidak mempunyai maklumat yang lengkap seperti di atas tidak akan dipertimbangkan,
  9. Esei yang dikemukakan akan disemak oleh Jawatankuasa Penilaian Pertandingan Penulisan Esei sempena Karnival iFFAH 2020 (K-iFFAH ’20),
  10. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja,
  11. Setiap esei yang telah dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan pihak penganjur berhak untuk mencetak atau menerbitkan esei tersebut,
  12. Pemenang akan dimaklumkan pada hari terakhir karnival,
  13. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan mengenainya tidak akan dilayan.

KRITERIA PENGHAKIMAN/PEMARKAHAN

  1. Kriteria pemarkahan yang akan digunakan dalam penilaian esei tersebut adalah seperti yang berikut:
Bil. Kriteria Markah
i. Isi dan olahan 20%
ii.

Analisis masalah/fakta

30%
iii. Gaya bahasa 20%
iv. Cadangan/idea 25%
v. Ketepatan ejaan dan penggunaan tatabahasa 5%
                                       Jumlah 100%

HADIAH

  1. Johan – RM150.00
  2. Naib Johan – RM100.00
  3. Tempat Ketiga – RM50.00
  4. Sijil penyertaan

CARA PENYERTAAN

  1. Sila sertakan Nama, No.Staff / No. Kad Matriks Pelajar bersama-sama dengan karya essei ke alamat email urusetia pertandingan di iffah@usim.edu.my
  2. Penyertaan yang tidak mempunyai maklumat yang lengkap seperti di atas tidak akan dipertimbangkan.
  3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Mac 2020 (Isnin)

TEMA
a. Fatwa
b. Halal
c. USIM 2020

SYARAT PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada semua staff dan pelajar USIM dan penyertaan adalah percuma,
  2.  Spesifikasi Pantun
    i.   Pantun mestilah baru dan asli
    ii.  Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud
    iii. Pantun yang dihantar mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 rangkap keseluruhannya. Penyertaan yang kurang dari 3 rangkap adalah dianggap batal.
    iv. Pantun mestilah menepati tema yang ditetapkan
    v. Pantun adalah dalam Bahasa Melayu.
  3. Pemenang akan dimaklumkan melalui e-mel dan menerima hadiah pada hari terakhir karnival,
  4. Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan mengenainya tidak akan dilayan.

KRITERIA PENILAIAN

Pemenang dipilih berdasarkan sekurang-kurangnya 3 rangkap pantun yang terbaik dan dinilai berdasarkan keaslian, ketepatan kepada tema dan keindahan bahasa dan kreativiti.

HADIAH 

  1. Johan – RM100.00
  2. Naib Johan – RM70.00
  3. Tempat Ketiga – RM50.00
  4. Sijil penyertaan

CARA PENYERTAAN

  1. Sila sertakan Nama, No.Staff / No. Kad Matriks Pelajar bersama-sama dengan karya pantun ke alamat email urusetia pertandingan di iffah@usim.edu.my
  2. Penyertaan yang tidak mempunyai maklumat yang lengkap seperti di atas tidak akan dipertimbangkan.
  3. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Mac 2020 (Isnin)

FORMAT PERTANDINGAN

  1. Setiap penyertaan mestilah menepati tema di bawah:-
    i. Fatwa
    ii. Halal
    iii. USIM 2020
  2. Penyertaan video pendek perlu disertakan Tajuk Video, Nama Bahagian/ Nama
    Kumpulan, Ahli Kumpulan dan Sinopsis (30 patah perkataan sahaja).
  3.  Penyertaan dibenarkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja.

SYARAT PENYERTAAN

  1. Terbuka kepada semua staf dan pelajar USIM dan penyertaan adalah percuma,
  2. Penyertaan boleh dikemukakan secara individu/kumpulan.
  3. Video yang dihasilkan mesti melebihi durasi yang ditetapkan iaitu tidak melebihi 3 minit termasuk kredit.
  4. Setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan, tetapi setiap peserta hanya layak menangi satu hadiah sahaja.
  5. Setiap video pendek adalah merupakan hasil karya sendiri.
  6. Karya yang diciplak adalah tidak dibenarkan. Sekiranya didapati video yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan peserta akan dibatalkan serta-merta.
  7. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan filem/video.
  8. Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama ada menggunakan telefon pintar/perakam video untuk menghasilkan video di mana elemen lakonan atau unsur-unsur lain berdasarkan kretiviti masing-masing adalah dibenarkan.
  9. Kos penyertaan pertandingan ditanggung oleh peserta.
  10. Format video yang ditetapkan adalah mov, avid dan mp4 sahaja.
  11. Urusetia berhak menolak sebarang penyertaan yang melanggar peraturan dan mengubah sebarang syarat yang dirasakan perlu dari masa ke semasa.

KRITERIA PENGHAKIMAN

  1. Keseluruhan video pendek yang dihantar oleh peserta akan dinilai mengikut kriteria dan pecahan skema pemarkahan yang berikuth:-
    i. Idea = 40 markah
    ii. Kreativiti = 40 markah
    iii. Kesesuaian dengan tema = 20 markah
  2. Semua keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang perbincangan atau surat-menyurat tidak akan dilayan.
  3. Semua video penyertaan yang diterima oleh pihak Urusetia menjadi hakmilik Urusetia dan Urusetia boleh menggunakan video-video penyertaan tersebut untuk apa-apa tujuan

HADIAH PEMENANG

  1. Johan – RM200
  2.  Naib Johan – RM150
  3. Tempat ke-3 – RM100
  4. Sijil penyertaan

CARA PENYERTAAN

  1. Sila sertakan Nama, No.Staff / No. Kad Matriks Pelajar bersama-sama dengan karya video pendek ke alamat email urusetia pertandingan di iffah@usim.edu.my.
  2. Sekiranya saiz video melebihi had penghantaran ke alamat emel, sila muat naik dan sertakan pautan untuk membolehkan urusetia memuat turun kandungan video tersebut.
  3. Penyertaan yang tidak mempunyai maklumat yang lengkap seperti di atas tidak akan dipertimbangkan.
  4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 23 Mac 2020 (Isnin)