NILAI, 10 Mac – Bengkel Pembudayaan Penyelidikan iFFAH (iRCW) 2021 membuka tirai pelaksanaannya menerusi sesi perkongsian sulung bertajuk Writing a Systematic Literature Review. iRCW 1.0 yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Naghmeh Niknejad dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom.

Sepanjang program, para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan kaedah penulisan sorotan literatur secara sistematik. Seramai 15 orang peserta telah menghadiri iRCW 1.0. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat diaplikasikan di dalam penulisan, sekaligus melonjakkan penghasilan penerbitan berimpak dan berkualiti.