Telah berlangsung sesi demonstrasi kaedah permainan “Global Halal Game” bersama pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar (IPG Raja Melewar) pada 13 September 2023 (Rabu) bertempat di IPG Raja Melewar. Demonstrasi ini merupakan sesi persediaan bagi penganjuran Pertandingan Global Halal Game semasa HalalFest Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri, Negeri Sembilan dan IPG Raja Melewar pada 20 September 2023 nanti.