HALAL@SCHOOL WITH NESTLE SIRI 1/2023

 

16 Februari 2023 (Khamis), Klang – Telah berlangsung program santunan komuniti, Halal@School with Nestlé Siri 1/2023 bersama para pelajar Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah (SRAITAF), Klang. Halal@School with Nestlé merupakan jaringan strategik Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) USIM bersama Nestlé Malaysia dalam memupuk kesedaran pengambilan makanan bernutrisi dan Halal di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Semoga inisiatif ini dapat melahirkan generasi cakna Halal serta mampu menginspirasi kecemerlangan pendidikan.