BEGIN:VCALENDAR
VERSION:2.0
PRODID:-//iFFAH USIM - ECPv5.2.1//NONSGML v1.0//EN
CALSCALE:GREGORIAN
METHOD:PUBLISH
X-WR-CALNAME:iFFAH USIM
X-ORIGINAL-URL:https://iffah.usim.edu.my
X-WR-CALDESC:Events for iFFAH USIM
BEGIN:VTIMEZONE
TZID:Asia/Kuala_Lumpur
BEGIN:STANDARD
TZOFFSETFROM:+0800
TZOFFSETTO:+0800
TZNAME:+08
DTSTART:20190101T000000
END:STANDARD
END:VTIMEZONE
BEGIN:VEVENT
DTSTART;TZID=Asia/Kuala_Lumpur:20190729T080000
DTEND;TZID=Asia/Kuala_Lumpur:20190730T133000
DTSTAMP:20260515T042931
CREATED:20190321T023539Z
LAST-MODIFIED:20190724T021628Z
UID:3585-1564387200-1564493400@iffah.usim.edu.my
SUMMARY:Muzakarah Wakaf Antarabangsa (MWA) 2019
DESCRIPTION:×\nMAKLUMAN: Muzakarah Wakaf Antarabangsa akan tetap dijalankan pada tarikh berikut: 29 & 30 Julai 2019\n\n  \nEvent Countdown000Weeks0000Days00Hrs00Min00Sec\n  \n \nWakaf merupakan salah satu amalan kebajikan yang terpuji dan dituntut dalam Islam. Pengurusan Institusi Wakaf secara berkesan dan efisien amat penting bagi memastikan objektif wakaf tercapai. Malaysia mempunyai 13 buah negeri dan 1 gabungan Wilayah Persekutuan yang memiliki pentadbiran wakafnya yang tersendiri. Ini bermakna\, setiap negeri mempunyai pengurusan Institusi Wakaf berasaskan enakmen pentadbiran agama Islam masing-masing sama ada secara korporat ataupun terus di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Manakala Jabatan Wakaf\, Zakat dan Haji (JAWHAR) adalah sebuah badan lain yang ditubuhkan khusus oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membantu dan menyelaras isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan wakaf. \nPelbagai isu berkaitan pengurusan wakaf sentiasa timbul dan memerlukan kepada perbincangan dan diskusi secara hikmah dan harmoni bagi memastikan keputusan serta pelaksanaan yang dilakukan menepati kehendak syarak. Majlis Agama Islam Negeri dan Institusi Wakaf harus sentiasa proaktif dalam memperkasakan pengurusan wakaf di Malaysia. Perkara ini amat penting bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang pengurusan wakaf dan seterusnya meningkatkan kesedaran berwakaf yang secara langsung dapat membantu masyarakat yang memerlukan. \nPenganjuran muzakarah kali ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan idea dalam memperkasakan wakaf di Malaysia khususnya dan peringkat antarabangsa amnya. \n\n \nTentatif Muzakarah \nTENTATIF MWA(latest) \n \nFormat Kertas Kerja \nFORMAT KERTAS KERJA \nKertas kerja hendaklah ditulis dengan berpandukan format berikut:\n• Program : Microsoft Word\n• Jenis font : Times New Roman\n• Saiz font : 12\n• Jarak baris : 1.5 \nBAHASA\nArtikel  dibenarkan dalam Bahasa Melayu\, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sahaja yang mengandungi pendahuluan\, perbincangan\, penutup dan rujukan sekitar 10 – 15 halaman. \nTAJUK ARTIKEL\nTajuk artikel perlulah ditaip dengan HURUF BESAR secara keseluruhan (Times New Roman\, 12\, Bold\, Centre). \nSENARAI PENULIS\nNama Penulis 1i Nama Penulis 2 (jika ada)ii & Nama Penulis 3 (jika ada)iii (Times New Roman 10\, Unbold\, Centre) \ni (Corresponding author). Jawatan\, Institutusi. emel@emel.com (Times New Roman 10\, Unbold\, Centre)\nii Jawatan\, Institutusi. emel@emel.com (Times New Roman 10\, Unbold\, Centre)\niii Jawatan\, Institutusi. emel@emel.com (Times New Roman 10\, Unbold\, Centre) \nTAJUK DAN SUB-TAJUK\nTajuk utama dan sub-tajuk perlulah ditaip secara title case (semua perkataan berhuruf kecil kecuali huruf pertama berhuruf besar). \nRUJUKAN TEKS:\nFormat Pengarang Tarikh (Author date). Sebagai contoh: (Mohamad\, 2016) \nJADUAL DAN RAJAH\nSetiap jadual perlu mempunyai tajuk yang diletakkan di bahagian tengah atas jadual dan bermula dengan perkataan JADUAL dan nombor numerik. Semua carta\, graf\, lukisan dan ilustrasi dirujuk sebagai rajah. Setiap rajah perlu mempunyai tajuk yang diletakkan di sebelah bawah rajah dan bermula dengan perkataan RAJAH dan nombor numerik. \nSENARAI RUJUKAN \nBuku (Jika ada) \nal-Sharanbasiyy\, Ramadan cAliyy al-Sayyid. 2002. Ahkam al-Mirath Bayna al-Sharicah Wa al-Qanun. al-Iskandariyyah: Mansha’at al-Macarif.\nMujaini Tarimin. 2012. Zakat al-Mal al-Mustafad: Amalan dan Pengamalan di Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Pungutan Zakat. \nJurnal (Jika ada)\nMohd Faez Mohd Shah & Noor Naemah Abdul Rahman. 2014. Kepentingan Kaedah Penyelidikan Moden Dalam Fatwa Semasa. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. Vol. 4. Nilai: Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia. \nInternet (Jika ada) \nAnak Tak Sah Taraf. http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/anak-tak-sah-taraf (diakses pada 31 November 2012). \nTemubual (Jika ada) \nDato’ Haji Ismail bin Yahya. Mantan Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu. 21 Oktober 2012. \nNotis Pembayaran \nYURAN PESERTA (TIDAK TERMASUK PENGINAPAN)\nPembayaran dibuat melalui (Tunai – Kutipan di Kaunter Jabatan Bendahari USIM\nsahaja/Pindahan Wang Melalui ATM/Perbankan Atas Talian) sebelum 15 Jun 2019 ke:\nBeneficiary Name     :           Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)\nUsim A/C No.              :           05058010008884\nBank                               :           Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)\nPerkara                         :           YURAN MUZAKARAH WAKAF ANTARABANGSA 2019 \nSila e-melkan bukti pembayaran ke wakaf.intl@gmail.com \nUntuk pertanyaan lanjut\, pihak YBhg. Dato’/Profesor/Dr./Tuan/Puan boleh berhubung\ndengan Penolong Pendaftar Kanan INFAD merangkap Setiausaha Muzakarah\, Puan\nMasna Hamidun di talian 06-7988603/ 012-5578040 atau e-mel masna@usim.edu.my \n\n  \nREGISTER NOW! (online form)
URL:https://iffah.usim.edu.my/event/mwa2019/
LOCATION:Hotel Fraser Place Puteri Harbour\, Johor\, Residensi & Hotel Marina\, Jalan Persiaran Tanjung\, Pengkalan Puteri\, 79100 Nusajaya\, Johor\, Malaysia
CATEGORIES:Muzakarah
ATTACH;FMTTYPE=image/png:https://iffah.usim.edu.my/wp-content/uploads/2019/03/zakat-untuk-pengutang.png
ORGANIZER;CN="iFFAH%20dan%20MAIJ":MAILTO:wakaf.intl@gmail.com
END:VEVENT
END:VCALENDAR