• Zakat merupakan satu elemen penting yang digariskan dalam Rukun Islam, yang mana wajib ditunaikan oleh semua Muslim. Pengurusan institusi zakat secara berkesan dan efisien amat penting bagi memastikan objektif pensyariatan zakat tercapai. Malaysia mempunyai 13 buah negeri dan 1 gabungan Wilayah Persekutuan yang memiliki pentadbiran zakatnya yang tersendiri. Ini bermakna, setiap negeri mempunyai pengurusan institusi zakat berasaskan enakmen pentadbiran agama Islam masing-masing sama ada secara korporat ataupun terus di bawah Majlis Agama Islam Negeri. Manakala Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) adalah sebuah badan lain yang ditubuhkan khusus oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membantu dan menyelaras isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan dan fiqh zakat.
  • Pelbagai isu berkaitan kutipan dan agihan zakat sentiasa timbul dan memerlukan kepada perbincangan dan diskusi secara hikmah dan harmoni bagi memastikan keputusan serta pelaksanaan yang dilakukan menepati kehendak syarak. Majlis Agama Islam Negeri dan Institusi zakat harus sentiasa proaktif dalam memperkasakan kutipan dan agihan zakat di Malaysia. Perkara ini amat penting bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang kewajipan berzakat dan seterusnya meningkatkan kutipan zakat yang secara langsung dapat membantu masyarakat yang memerlukan.
  •  Penganjuran muzakarah kali ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan idea dalam memperkasakan kutipan dan agihan zakat di Malaysia.
  • Mengupas isu kutipan dan agihan  dalam mendepani covid 19 dan pasca PKP
  • Membincangkan cabaran dan penyelesaian yang berkaitan dengan kutipan dan agihan ketika covid 19 dan pasca PKP
  • Mencadangkan kaedah dan mekanisme terbaik dalam pengurusan zakat ketika berdepan dengan wabak penyakit covid-19 dan pasca PKP
  • Peserta Pusat Zakat Negeri, Baitilmal dan MAIN
  • Pegawai Jabatan Mufti Negeri
  • Institusi perbankan dan kewangan Islam
  • Pakar bidang Zakat
  • Ahli Akademik dan Pengkaji
  • Para pelajar IPTA/IPTS
  • Kutipan Zakat
  • Agihan Zakat
  • Tadbir Urus Institusi Baitulmal
  • Model Terbaik Tadbir Urus Zakat
  • Perundangan Zakat
  • Institusi Baitulmal Dan Amil
  • Pengurusan Zakat Perbankan Dan Kewangan Islam
  • Pengurusan Zakat Koperasi
  • Pengurusan Zakat
  • Hukum-Hukum Zakat
  • Isu-Isu Semasa Zakat
  • Kaedah Pemerkasaan Institusi Zakat
  • Mekanisma Kutipan
  • Mekanisma Agihan
  • Inovasi Zakat
  • Penyelidikan Zakat
  • Isu-Isu Yang Berkaitan Zakat

RM 350.00 (tidak termasuk penginapan)

Tarikh Ahir Penghantaran Abstrak : 15 Ogos 2020

Notifikasi Penerimaan Abstrak : 23 Ogos 2020

Penghantaran Kertas Kerja Penuh : 15 September 2020

Tarikh Akhir Pembayaran : 30 September 2020

Talian Telefon :

06-798 8590 (Pejabat Pentadbiran iFFAH)

012-216 5852 (Prof. Madya Dr. Azman)

013-644 4764 (Encik Zulhilmi)

 

Alamat e-mel :

m.zakat2020@gmail.com

PENDAFTARAN
POSTER
Templat Kertas Kerja

UCAPTAMA

UCAPTAMA 1

Tajuk : ISU ISU FIQH ZAKAT COVID DAN PASCA PKP

Oleh: YBrs. Prof. Madya Dr. Azman bin Ab. Rahman Timbalan Pengarah INFAD, iFFAH

UCAPTAMA 2

Tajuk : PENGURUSAN ZAKAT COVID ASNAF ALRIQAB: PENGALAMAN MAIS

Oleh: Oleh: YBrs. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar Setiausaha MAIS

UCAPTAMA 3

Tajuk : PENDEKATAN FIQH DALAM ISU ZAKAT COVID

Oleh: YBrs. Ustaz Fauwaz bin Fadzil Noor Konsultan Syariah / Pengendali Bengkel Usul Fiqh & Syariah Telaga Biru Sdn Bhd

UCAPTAMA 4

Tajuk : PENGALAMAN KEWANGAN SOSIAL BANK ISLAM KETIKA WABAK COVID-19

Oleh: YBrs. Ustaz Mohd Zikri bin Mohd Shairy Pengurus Kanan, Pusat Kewangan Sosial, Hubungan Strategik Bank Islam Malaysia Berhad

UCAPTAMA 5

Tajuk : INSTITUSI ZAKAT DAN PEMERKASAAN EKOSISTEM PENDIDIKAN TINGGI ASNAF: MENDEPANI COVID19 DAN PASCA COVID19

Oleh: Oleh: YBhg. Prof. Dato’ Dr. Inayah binti Ya’akub Rektor KPBKL

UCAPTAMA 6

Tajuk : PENGURUSAN ZAKAT COVID DI MALAYSIA

Oleh: Oleh: YBrs. Haji Ruslan bin Said Ketua Pengarah JAWHAR

UCAPTAMA 7

Tajuk : PENGURUSAN ZAKAT COVID DI KEDAH

Oleh: YBrs. Tuan Syeikh Zakaria bin Othman Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah

UCAPTAMA 8

Tajuk : FATWA ZAKAT COVID DAN PASCA PKP

Oleh: Oleh: SS Dr. Luqman bin Haji Abdullah Mufti Wilayah Persekutuan